0Item(s)
0 0

Akal Budi Melayu dalam Peribahasa: Unsur Fauna

Product Code ED2454
Product Name: Akal Budi Melayu dalam Peribahasa: Unsur Fauna
Category: Dr Asry Yusoff
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: USD 5.00
After Discount: USD 2.50
  ECopy (PDF) via Email

Akal Budi Melayu dalam Peribahasa: Unsur Fauna

Ebook ‘Akal Budi Melayu dalam Peribahasa: Unsur Fauna’ ini menghimpunkan beberapa jenis peribahasa yang berunsurkan fauna. Keindahan peribahasa dari segi gaya bahasa, bentuk dan maknanya menggambarkan akal budi masyarakat Melayu zaman dahulu kala yang bijak membuat perlambangan tentang sifat manusia berdasarkan ciri dan habitat unsur fauna. Akal budi Melayu dalam peribahasa membawa maksud sebagai kehebatan cara berfikir dan kearifan lokal masyarakat Melayu yang diterjemahkan melalui peribahasa. Ebook ini menawarkan koleksi peribahasa unsur fauna mengikut habitat udara, darat dan air yang menunjukkan perkaitan antara kehidupan manusia di bumi. Koleksi peribahasa yang dipersembahkan beserta gambar dan ilustrasi yang menarik diambil daripada sumber Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka. Peribahasa berunsurkan fauna yang kaya dengan nasihat dan sindiran menggambarkan tentang alam, kehidupan, budaya, nilai, dan sifat manusia. Melalui peribahasa juga, kita semua dapat telusuri julat sejarah kehidupan nenek moyang kerana peribahasa merupakan salah satu warisan bangsa yang sangat besar nilainya. Besar harapan penulis agar ebook ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.


Currently No Review